Panduan Orang Baru
Terakhir dikemaskini: Mac 8 2013, 10:02:32 (tidak dikemaskini!)


Panduan Orang Baru GPRO


Jadi anda telah mendaftar, diluluskan, telah log masuk - dan sekarang anda tertanya-tanya "Apa patut saya lakukan sekarang?"

Semoga panduan ringkas ini dapat memberikan anda gambaran awal tentang apa yang "perlu" dan "tidak perlu" dilakukan sebelum anda merosakkan karier GPRO anda walaupun sebelum ia bermula. Panduan ini dikhaskan untuk Rookie disebabkan apabila anda mencapai Amatur beberapa perkara akan berubah dan anda akan lebih jelas tentang apa perlu dilakukan.

Kami mencadangkan anda membaca kesemua ini sebelum anda meneruskan dengan sesi kelayakan untuk perlumbaan pertama anda.

Pertama sekali, di Rookie terdapat dua perkara yang sama penting, pemandu yang bagus dan menjimatkan wang. Kita akan berbincang tentang pemandu selepas ini, tetapi terlebih dahulu adalah wang.


Wang


Reaksi biasa adalah terus kepada "Kemaskini Kereta" atau "Prasarana" dan belanjakan semua wang anda untuk menjadikannya serta merta pantas. Ini adalah TIDAK - TIDAK. Liga Rookie khasnya, adalah sebagai pengenalan kepada permainan dan untuk mengajar anda semua bagaimana untuk mengendalikan kewangan anda jika anda ingin maju lebih jauh dan lebih berjaya dalam permainan ini.

Jika anda terlebih berbelanja dan terjerumus ke dalam hutang, anda tidak boleh menandatangani pemandu yang bagus, menggantikan mana-mana bahagian kereta anda (anda hanya boleh menurun taraf kereta anda), juga anda tidak akan dinaikkan ke Amatur walaupun anda mendominasi dan memenangi kumpulan anda dengan kelebihan 50 mata.

Oleh itu ia amat disarankan agar anda jangan sesekali membelanjakan wang anda kecuali jika anda perlu berbuat demikian. Beringat dan berjimat adalah ciri-ciri seorang juara.

HANYA ganti/naik taraf bahagian kereta anda apabila ia sudah begitu lusuh dan tidak akan dapat menamatkan perlumbaan seterusnya. Dengan ini anda akan memaksimumkan penggunaannya dan tidak membazirkan wang anda sewenang-wenangnya. Jika anda dalam persaingan untuk kenaikan ke Amatur, anda akan memerlukan setiap wang yang mampu anda simpan untuk anda mengharungi musim seterusnya di Amatur yang penuh cabaran.

Prasarana, latihan kakitangan dan ujian sepatutnya dihindarkan sewaktu di Rookie. Sekali lagi, Rookie adalah tempat di mana anda belajar untuk menguruskan kewangan anda, dan anda tidak seharusnya berbelanja jutaan dollar ke atas prasarana dan latihan - sementara ujian pula akan menambahkan kelusuhan pada bahagian kereta anda, bermaksud anda perlu menggantikan bahagian kereta anda lebih awal.

Akhir sekali, pada penghujung setiap musim, Rookie diset semula sepenuhnya. Sesiapa yang tidak dinaikkan ke amatur akan mendapati kesemua naiktaraf, prasarana, semuanya, dibersihkan dan kesemua orang bermula semula dengan $30 Juta. Ini ditambah kepada $35 Juta sekiranya anda menyertai kesemua 17 perlumbaan pada musim sebelumnya. Ini amat berguna jika anda tahu anda tidak akan dinaikkan ke Amatur dan ingin menandatangani pemandu baru di mana anda boleh mencuba untuk menawarkan kontrak kepada pemandu & juga yuran tandatangan disebabkan wang akan diset semula dan apa yang tinggal untuk anda pada musim berikutnya adalah gaji pemandu sahaja. Penerangan terperinci tentang ini di seksyen berikutnya.


Pemandu


Di Rookie, pemandu adalah keutamaan anda. Dia akan memainkan peranan utama untuk anda sama ada menamatkan perlumbaan di tempat pertama atau ke-20. Mungkin juga akan ada seseorang yang dengan mudah mendominasi kumpulan mereka dan dinaikkan tahap, hanya kerana pemandu sensasi mereka tanpa perlu menaiktaraf kereta mereka langsung. Ini semestinya hebat, tetapi sangat berbahaya - kerana mereka ini akan menghadapi masalah di peringkat Amatur dengan kereta 3+ tahap di bawah pengurus lain. Secara ringkasnya, dapatkan pemandu yang hebat - tetapi jangan biarkan hanya dia yang mendapatkan kenaikan untuk anda. Teruskan menaiktaraf kereta anda sepanjang musim (semestinya hanya apabila bahagian kereta anda benar-benar lusuh) dan jimatkan wang apabila boleh.

Anda tidak akan menemui pemandu dengan rating yang baik untuk semua kemahirannya semasa di Rookie, tetapi pemandu dengan satu atau dua kemahiran sudah mencukupi untuk membantu anda mendapatkan kenaikan tahap. Mencari kemahiran tersebut juga adalah sebahagian daripada keseronokan permainan ini.

Tetapi, berapa perlu anda bayar untuk pemandu ini? Sebenarnya, seminimum mungkin. Pada kebanyakan masa, mungkin akan terdapat persaingan sengit untuk mendapatkan pemandu-pemandu hebat ini, jadi anda mungkin perlu membayar lebih untuk mendapatkan mereka - tetapi secara umumnya anda tidak digalakkan untuk membayar gaji melebihi $2 juta setiap perlumbaan atau anda mungkin bergelut untuk meneruskan naik taraf kereta anda sehingga hujung musim.

Seperti yang disebutkan di seksyen kewangan di atas, pada penghujung setiap musim Rookie akan di set semula sepenuhnya. Ini termasuklah pemandu anda di mana, jika pemandu anda mempunyai lebih daripada 85 OA (nilai keseluruhan) anda akan kehilangannya juga. Ini bermaksud akan ada RAMAI pengurus tanpa pemandu bermula musim baru, bermaksud akan ada banyak perebutan untuk mendapatkan pemandu yang baik (berkemungkinan mencecah 40 tawaran). Tidak baik - dan anda perlu mengelak untuk terlibat dalam hal ini sama sekali!

Oleh itu, anda perlu mencari pemandu berbakat terlebih dahulu dan mendapatkan mereka menjelang hujung musim sebagai persediaan untuk bersaing secara serius pada musim hadapan.

Kelebihan anda di sini adalah pasaran akan lebih senyap - tetapi anda juga boleh menawarkan yuran tandatangan yang tinggi (sehingga 3 kali ganda gaji) sebagai insentif untuk pemandu tersebut menyertai anda. Wang yang anda laburkan di sini tidak merugikan anda kerana anda akan diset semula kepada $30 juta pada musim hadapan!

Satu perkara yang anda perlu ingat adalah apabila anda menandatangani seorang pemandu yang hebat - anda akan kehilangannya pada awal musim baru sekiranya OA beliau melebihi 85. Begitu juga anda tidak dapat menyambung kontraknya sekiranya OA beliau melebihi had 85. Terdapat beberapa cara untuk menurunkan OA beliau, tetapi ini anda perlu fikirkan sendiri bagaimana.


Pengumpulan data


Untuk lebih maju di GPRO anda perlu mengumpul maklumat sebanyak mungkin. Cadangan untuk pengumpulan data adalah perincian yang ditunjukkan di Skrin Analisa Perlumbaan (maklumat penggunaan minyak dan kelusuhan tayar anda ditunjukkan di sini), kelusuhan bahagian kereta anda, statistik pemandu anda (daripada skrin Latihan Pemandu) dan juga cuaca serta suhu perlumbaan (yang mana ia turut mempengaruhi kelusuhan tayar). Data kelusuhan bahagian kereta anda akan membolehkan anda mengetahui bilakah untuk menukar bahagian kereta yang lain dan data tayar membolehkan anda untuk merancang strategi lebih baik untuk perlumbaan akan datang.


Tetapan kereta dan kelayakan perlumbaan


Sebelum kita melakukan kelayakan untuk perlumbaan kita perlu mengetahui bagaimana untuk mendapatkan tetapan kereta anda. Untuk menjalankan setting kereta anda untuk perlumbaan anda ada 8 lap latihan untuk membantu anda mencari tetapan 'sempurna' kereta anda. Ini tidak semudah yang disangka kerana pemandu anda mungkin akan berpuas hati dengan tetapan tersebut walaupun ianya tidak 'sempurna'.

Terdapat 6 bahagian kereta yang boleh anda tetapkan iaitu Sayap Hadapan & Belakang, Enjin, Brek, Gear dan Suspension dan setiap satunya bernilai antara 1 - 999. Di halaman latihan/kelayakan terdapat ikon bantuan kecil yang menerangkan tentang maksud perbezaan antara julat lebih kecil dan lebih besar nilai ini.

Selepas anda mengenalpasti tetapan 'sempurna' kereta anda, anda perlu melalui lap kelayakan. Sebelum menjalaninya, anda perlu memutuskan tayar manakah yang akan anda gunakan. Sebelum itu anda perlu pertimbangkan untuk meneliti karakteristik litar dan keadaan cuaca. Jangan risau jika anda tidak pasti tayar manakah harus dipilih pada peringkat awalnya. Anda perlu bermula dengan strategi lebih konservatif dan selepas beberapa perlumbaan anda akan mampu menjangka dengan lebih baik tentang tayar manakah yang sesuai. Pilihan tayar anda akan turut mempengaruhi jumlah minyak yang akan anda gunakan pada permulaan perlumbaan.

Dengan tetapan kereta anda telah ditetapkan, anda perlu memastikan tayar pilihan anda telah dipilih dan semasa memilih untuk melakukan K1 anda, anda perlu memutuskan risiko manakah yang harus pemandu anda ambil. Lebih tinggi risiko yang pemandu anda ambil, lebih tinggi potensi masa lap pemandu anda, tetapi berkemungkinan tinggi juga bahawa pemandu anda akan melakukan banyak kesilapan.

Selepas menjalani K1 anda boleh melihat perbandingan antara anda dengan baki pengurus lain di dalam kumpulan anda. Ini bermaksud anda mungkin perlu mengubah sedikit strategi minyak anda. Jika anda jauh lebih pantas berbanding pengurus lain di dalam kumpulan anda, anda mungkin perlu menambah lebih sedikit minyak di dalam tangki kereta anda supaya anda boleh pergi lebih jauh di dalam perlumbaan dan begitu juga sebaliknya jika anda lebih perlahan.

Apa cara sekalipun, anda kemudiannya perlu menjalani lap K2 anda. Kali ini, anda perlu memasukkan jumlah minyak tertentu untuk permulaan anda. Ianya tidak boleh diubah selepas anda menjalani K2 anda. Sekali lagi, anda akan mendapat arahan untuk memutuskan risiko yang perlu pemandu anda ambil.

Selepas lap K2 anda, anda boleh melihat dimanakah kedudukan anda pada grid permulaan. Yang lebih penting, inilah masanya untuk anda menentukan Tetapan Perlumbaan & Strategi anda.

Sebelum itu, nota ringkas tentang hujan.


Hujan tiba lagi


Jadi, hujan tiba lagi, mungkin K1, K2 atau semasa Perlumbaan tetapi secara tiba-tiba semuanya basah. Jadi bagaimana? Untuk permulaan anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan tayar basah. Perkara penting yang lain adalah setup kereta anda akan berbeza di perlumbaan basah berbanding perlumbaan kering. Anda perlu mencari perbezaan ini sendiri dengan membandingkan setup anda daripada sesi ujian kering dengan sesi ujian basah.

Ini sangat penting terutamanya apabila K1 dan K2 adalah basah & kering berturutan (atau sebaliknya). Anda juga perlu ingat bahawa apabila hujan maka anda MESTI menggunakan tayar Hujan semasa sesi kelayakan (atau anda akan kehilangan banyak masa). Ini adalah kesilapan yang sering berlaku walaupun kepada pengurus berpengalaman kerana tayar Hujan tidak diset secara automatik walaupun pada hari hujan.

Terdapat satu lagi isu jika hujan turun semasa K2. Hujan semasa K2 bermaksud ia juga akan hujan semasa perlumbaan bermula. Walaubagaimanapun ianya penting untuk melihat pada ramalan cuaca perlumbaan sebelum memutuskan untuk menggunakan tayar permulaan anda. Jika ramalan cuaca mengatakan bahawa kemungkinan hujan adalah begitu rendah dalam tempoh 30 minit pertama perlumbaan bermaksud hujan akan berhenti, kebiasaannya beberapa lap selepas bermula. Anda perlu memutuskan untuk bermula dengan tayar hujan dan pit selepas beberapa lap atau bermula dengan tayar kering dan kehilangan sedikit masa semasa permulaan perlumbaan tetapi tidak perlu berhenti pit untuk menukar tayar.


Tetapan perlumbaan dan strategi


Jadi anda telah menjalani dua lap kelayakan dan sekarang anda perlu perincikan setup perlumbaan dan menyusun strategi anda.

Terdapat beberapa elemen di sini jadi kita akan menelitinya satu persatu.

Pertama sekali, Setup Kereta. Ini berkemungkinan besar adalah setup yang telah anda gunakan semasa Kelayakan (atau salah satu daripadanya jika hujan bermula atau telah berhenti). Juga jika Kelayakan adalah basah dan perlumbaan adalah kering atau sebaliknya anda perlu mengubah setup anda.

Seterusnya, Strategi Minyak anda. Di GPRO, anda tidak akan kehabisan minyak kereta. Anda akan memasuki pit sebaik sahaja kereta anda tidak mempunyai minyak yang mencukupi untuk menamatkan lap berikutnya atau sama ada tayar kereta anda tidak dapat menamatkan lap berikutnya. Ini bermaksud selain daripada memasukkan lap untuk anda pit, anda juga perlu memasukkan jumlah minyak yang akan diisi ke dalam tangki dan ini akan menentukan jumlah lap yang dapat anda selesaikan. Jumlah minyak tersebut adalah jumlah minyak yang diisi semula ke dalam tangki kereta anda.

Contoh mudah - anda pit dengan 15L minyak di dalam tangki kereta anda dan strategi anda adalah 60L. Ini bermaksud 45L akan ditambah ke dalam tangki anda pada pit tersebut.

Seterusnya Strategi Tayar. Anda ada 2 pilihan, sama ada tayar kering atau tayar basah. Seperti dinyatakan sebelumnya, hanya kerana permulaan bermula dalam hujan tidak semestinya anda bermula dengan tayar basah. Terdapat seksyen kedua PENTING untuk seksyen strategi tayar. Jumlah lap sebelum anda pit disebabkan perubahan cuaca. Dalam F1 sebenar, apabila hujan mula turun, biasanya ia akan mengambil masa beberapa lap sebelum litar basah sepenuhnya dan begitu juga apabila hujan berhenti. TIDAK DI GPRO, apabila hujan mula turun ia terus basah dan anda perlukan tayar basah anda, dan apabila hujan berhenti maka litar akan kering sepenuhnya dan anda akan memerlukan tayar kering anda segera. Ini bermaksud dalam kebanyakan situasi anda mahukan "Berapa lap sehingga pemandu berhenti" untuk permulaan atau hujan berhenti sebagai KOSONG. Satu perkara lagi yang perlu dinyatakan di sini adalah apabila anda berhenti menukar tayar disebabkan cuaca minyak kereta anda akan diisi semula. Ini boleh memberikan masalah kepada anda dan merosakkan strategi minyak anda jadi ini adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan.

Strategi Pemandu adalah seksyen terakhir. Pertama sekali adalah risiko pemandu anda. Seperti yang dinyatakan di GPRO SKD nilai 40 di sini boleh dianggap sebagai amat tinggi bagi Rookie. Anda perlu ingat bahawa lebih tinggi risiko pemandu anda ambil lebih tinggi tahap kelusuhan yang akan berlaku pada kereta anda sewaktu perlumbaan. Juga dalam Strategi Pemandu terdapat pilihan untuk membiarkan ahli pasukan memintas. Tiada kerugian jika fungsi ini diaktifkan sekiranya anda mempunyai ahli pasukan yang sama di dalam kumpulan perlumbaan anda.

Sekiranya kereta anda bermasalah, ia sepatutnya diperbaiki sekiranya boleh diperbaiki, walaubagaimanapun baki lap perlumbaan adalah atas ketentuan anda sendiri. Juga isian semula minyak apabila pemandu anda berhenti kerana masalah teknikal adalah atas pilihan anda sendiri.

Akhir sekali, anda boleh memberikan pemandu anda arahan permulaan. Ini adalah sama seperti yang terdapat pada lap kelayakan anda.

Kedua-dua lap kelayakan anda mesti disempurnakan sekurang-kurangnya 90 minit sebelum permulaan perlumbaan. Ini juga diaplikasikan untuk Strategi Perlumbaan anda yang mana ia boleh diubah sekerap mana yang anda inginkan tetapi mestilah dalam tempoh 90 minit sebelum perlumbaan bermula kerana selepas tempoh tersebut halaman Setup Perlumbaan akan dikunci dan sebarang perubahan selepas itu tidak lagi dibenarkan.


Hari perlumbaan


Anda boleh menonton perlumbaan jika anda mahu. Pada peringkat ini, tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengubah keputusan perlumbaan, ini bermaksud anda akan menerima keputusan yang sama jika anda menonton keseluruhan perlumbaan, menonton sedikit sahaja atau tidak menonton sama sekali.

Perlumbaan dikemaskini setiap 2 minit untuk setiap lap berikutnya. Ini bermaksud perlumbaan dengan 40 lap akan mengambil masa 80 minit untuk ditonton dan perlumbaan dengan 75 minit akan mengambil masa 2 jam 30 minit untuk ditonton. Ambil perhatian bahawa ini bukan panjang perlumbaan tetapi tempoh masa yang diambil untuk menonton perlumbaan secara langsung.

Selepas beberapa ketika perlumbaan selesai (biasanya sekitar setengah jam) Pejabat Utama sudah dikemaskini dengan keputusan perlumbaan. Anda boleh mengumpul data yang anda ingini dan juga menonton ulang tayang perlumbaan mengikut kesesuaian masa anda. Ini bermaksud anda boleh menjimatkan banyak masa berbanding dengan menonton perlumbaan secara langsung.


Penaja


Semasa anda memulakan permainan, anda akan diberi 1 penaja untuk 10 perlumbaan bernilai 1 juta setiap perlumbaan. Ini juga adalah hal yang akan berlaku di Rookie selepas musim diset semula. Terpulang kepada anda untuk mendapatkan penaja tambahan kemudiannya.

Ianya lebih pantas untuk berunding dengan satu penaja sahaja pada satu-satu masa kerana ia akan berlangsung lebih pantas. Anda akan ditanya pelbagai soalan oleh penaja anda semasa tempoh rundingan. Anda perlu pastikan anda menjawab soalan tersebut sebelum perlumbaan seterusnya atau rundingan tidak akan berlanjutan. Juga dicadangkan untuk berunding dengan penaja yang belum berunding dengan mana-mana pengurus lain kerana jika pengurus lain mendapat tajaan daripada penaja tersebut kesemua rundingan pengurus lain dengan penaja tersebut akan terbatal.


Ujian


Terdapat 8 keutamaan yang boleh digunakan ketika ujian. Apabila anda melakukan ujian kosnya adalah $1 juta dan akan mengakibatkan bahagian kereta anda melusuh. Anda akan mendapat 10 stint ujian dan maksimum 100 lap daripada 10 stint tersebut.

Keutamaan tetapan kereta akan membolehkan pemandu anda memberikan maklum balas tentang bagaimana kereta diset seperti mana anda melakukan lap latihan untuk perlumbaan.

Pilihan-pilihan lain kesemuanya akan memberikan anda mata ujian yang berbeza-beza bagi setiap ujian Kuasa, Pecutan dan Kawalan yang mana kemudiannya, selepas 4 perlumbaan, akan ditukar kepada mata karakter kereta yang mana akan meningkatkan prestasi kereta anda. Lebih banyak lap anda lakukan untuk setiap keutamaan ini, lebih banyak mata ujian akan anda perolehi. Ini, seperti yang disebut sebelumnya, akan ditukar kepada Mata Karakter Kereta selepas 4 perlumbaan dan kadar penukaran mata ini bergantung kepada prasarana anda.

Jika anda pasti anda akan dinaikkan ke Amatur dengan baki 4 perlumbaan, anda mungkin ingin untuk melakukan ujian. Ini bermaksud anda akan memulakan karier Amatur anda dengan sejumlah mata karakter kereta untuk meningkatkan keupayaan kereta anda.


Kakitangan dan prasarana


Semasa di Rookie prasarana yang perlu anda naik taraf hanyalah Pusat Hentian Pit & Pusat Komersial. Prasarana lain adalah berkaitan tentang bagaimana mata ujian ditukar kepada mata karakter kereta.

Untuk membolehkan anda melatih kakitangan anda, tahap keseluruhan kakitangan anda mestilah lebih rendah berbanding tahap maksimum latihan yang ditunjukkan di skrin Kakitangan & Prasarana. Tahap latihan ini ditingkatkan dengan membeli prasarana tambahan.

Panduan Orang Baru
Terakhir dikemaskini: Mac 8 2013, 10:02:32 (tidak dikemaskini!)