Zandvoort itu sendiri adalah salah satu resort pantai yang paling popular di Belanda, sebahagiannya disebabkan oleh jaraknya yang dekat dengan Amsterdam. Terdapat banyak hotel pantai di sini yang menyediakan katering pelbagai rasa dan menu. Tebingnya berpasir, dengan sedikit pokok. Karakteristik ini menjadikannya salah satu prasarana tontonan terbaik dalam Formula Satu. Berada dalam negara berpasir, Zandvoort sedikit tidak rata dan bercirikan beberapa perubahan ketinggian, khasnya selekoh Scheivlak yang terkenal, yang mana ianya menurun dan terus ke kanan. Selekoh di sini terdiri daripada banyak kelebaran dan sudut berbeza. Tarzan 'hairpin' di penghujung laluan lurus pit, adalah salah satu selekoh paling terkenal dalam dunia perlumbaan. Sehinggalah Formula Satu meluluskan 'chicane' dan menyediakan satu daripadanya di Zandvoort, terdapat kekangan belakang yang sangat pantas. Apabila angin bertiup, pasir boleh menjadi gangguan tambahan.
Zandvoort dibuka pada 1948 dan menjadi tuan rumah kepada beberapa acara bukan kejuaraan sehinggalah tahun 1952 apabila ianya menganjurkan Grand Prix Belanda. Untuk tempoh sepuluh tahun pertama, jadual Grand Prix sangat sekata. Dari tahun 1970 hinggalah 1985, hampir setiap tahun satu Grand Prix akan dianjurkan di Zandvoort.
Perlumbaan di Zandvoort menyaksikan beberapa pertarungan yang tidak dapat dilupakan. Pemandu dan pembina Britain mendominasi besar-besaran pada tahun 60an. Pada perlumbaan tahun 1970, Piers Courage, pewaris kepada syarikat gergasi pemeraman wain dan beer Britain, Courage, berlanggar, terbalik dan terbakar di sini. Courage tidak terselamat. Jackie Ickx yang bukan pencabar utama dan telah dilupakan mengembalikan kemenangan Ferrari pada 1971 selepas pertembungan berpanjangan dan hebat dalam cuaca hujan dengan Pedro Rodriguez.
Jackie Stewart pada masa itu adalah ketua Grand Prix Drivers Association (GPDA). Antara pertimbangan keselamatan yang lain, kumpulan ini berkempen untuk peningkatan litar. Selepas terlepas perlumbaan 1972 kerana litar didakwa tidak selamat, perlumbaan kembali ke Zandvoort pada 1973 selepas jutaan dolar digunakan untuk peningkatan litar. Roger Williamson tidak bernasib baik apabila menguji salah satu penghadang Armco baru. Ianya runtuh sebahagian dan bertindak sebagai pelancar, melambungkan kereta Williamson ke udara. Ianya mendarat di atas litar, terbalik dan terbakar. Dalam senario mengerikan yang hampir sama dengan Indy 1955, David Purley, rakan baik Williamson, menghentikan keretanya dan bertungkus lumus mencuba untuk mengeluarkan Williamson yang terperangkap sementara marshal litar hanya memerhati, tanpa menghulurkan bantuan. Apabila trak pemadam api tiba, ianya sudah terlambat.
1974 menyaksikan Ferrari kembalinya zaman kegemilangan dengan Niki Lauda mendahului Clay Regazzoni untuk penamat satu-dua. Pada 1975 James Hunt dan pasukan Hesketh memenangi perlumbaan pertama mereka dengan terlebih dahulu menguasai litar pada pertukaran tayar basah-kepada-hujan dan seterusnya berjaya menyekat jentera Ferrari Lauda yang lebih berkuasa pada lap terakhir.
Alan Jones dari Australia memenangi perlumbaan 1979, melengkapkan hatrik yang bermula di Hockenheim dan diteruskan di Osterreicchring.
Ferrari kembali dalam kitaran pemenang pada 1982 apabila Didier Pironi, kurang dua bulan selepas kematian tragik rakan sepasukannya Villeneuve di Zolder, Belgium dan berehat sebulan akibat kemalangan teruk yang menimpa dirinya sendiri di Hockenheim, telah menewaskan Nelson Piquet.
Rene Arnoux dan Patrick Tambay mengetuai kemenangan satu-dua Ferrari pada 1983. Tradisi ini diteruskan oleh Alain Prost dan Niki Lauda pada 1984 dalan jentera McLaren-Porsches.
Untuk kemuncak Zandvoort setahun kemudian, Prost dan Lauda telah menukar keadaan, dengan Lauda memenangi perlumbaan. Seperti litar Zandvoort, ianya adalah tahun terakhir untuk Lauda sebagai pemandu.
Penulis Britain yang dihormati, Nigel Roebuck, menggelar Zandvoort sebagai 'litar perlumbaan F1 terbaik yang pernah wujud'. Walaupun begitu, Zandvoort hilang daripada kalendar Formula Satu pada tahun 1986 dan tidak pernah kembali. Kekurangan banyak perkara adalah faktor utama, seperti suite dan prasarana mewah untuk ahli elit korporat. Tidak mengambil kira bahawa setiap orang beranggapan litar ini adalah litar hebat untuk perlumbaan.
Walaubagaimanapun, mungkin terdapat sedikit harapan, bahawa Zandvoort akan dimasukkan semula. Litar ini telah melalui perubahan dan pembangunan besar, menjadikannya selari dengan piawaian termoden.
(Diadaptasi daripada Sejarah Formula 1 oleh Jerry Dorich; www.circuit-zandvoort.nl)