Anda suka perlumbaan bermotor? Jika ya, Grand Prix Racing Online adalah permainan untuk anda!

Uruskan pasukan grand prix anda ke arah kejayaan dengan membina kereta yang baik, membangunkan strategi perlumbaan yang baik, merekrut kakitangan dan pemandu yang tepat dan merancang untuk masa depan. Tetapi semuanya mesti dilakukan berdasarkan had kewangan dan bajet anda dan juga dengan persaingan sengit di sekeliling anda!

Download on the App Store Get it on Google Play Get it on App Gallery Download on Steam Daftar sekarang » Apa itu GPRO?

Selamat datang ke GPRO!

GPRO merupakan permainan pengurusan strategik sukan permotoran berjangka panjang, yang mana perancangan dan strategi yang baik menjadi kunci untuk berjaya, jadi ia tidak sepatutnya diambil ringan walaupun ketika dimulakan.

Sebelum anda memulakan perjalanan sebagai pengurus perlumbaan kelas Rookie, anda mungkin mahu melihat tutorial terlebih dahulu. Bagi membantu anda dengan persediaan untuk perlumbaan pertama anda, kami mencadangkan untuk mengambil Tutorial Pantas di bawah yang akan memberi panduan berkenaan bahagian-bahagian pejabat utama, latihan, kelayakan, tetapan perlumbaan dan strategi


(Mengambil masa sekitar 10 minit untuk selesai)

Selesai Tutorial

Tahniah atas melengkapkan tutorial pantas permainan. Walaupun anda telah menguasai asas, permainan ini masing sangat kompleks dan mencabar.

Hampir setiap skrin urusan dilengkap dengan tutorial sendiri yang boleh dimainkan melalui ikon di bahagian atas sebelah kanan dalam bahagian notifikasi.

Kami ucapkan selamat berjaya di atas dan di luar litar.

Semoga seronok bermain!

Perlumbaan: Musim 111, Perlumbaan 2: FinlandAhvenisto GP dalam:

Tonton ulang tayang perlumbaan lepas

Gambaran ciri-ciri

Tontoni setiap Selasa dan Jumaat jam 20:00 CET untuk perlumbaan secara LANGSUNG! Adakah strategi anda membuahkan hasil, atau sebaliknya? Ketahuinya dan berbuallah secara langsung dengan pesaing anda...

Cari Senna atau Schumacher seterusnya di pasaran pemandu, yang mungkin sedia hebat - atau mungkin latih seorang pemandu muda untuk mendaki ranking untuk menjadi seorang Juara Dunia!

Tingkatkan keupayaan kereta, latih pemandu dan kakitangan anda, tandatangani kontrak tayar, dan beli prasarana baru - tetapi uruskan semua ini dalam lingkungan had bajet anda untuk mengelakkan hutang...

Analisa keputusan perlumbaan anda, penggunaan minyak, dan juga tayar - merancang dan mengira strategi perlumbaan dan hentian pit yang lebih baik, di mana kemenangan diharapkan dicapai!

Pilih untuk berlumba dengan salah satu daripada lebih 100 liveri piawai atau penyokong - atau mempamerkan bakat anda untuk merekabentuk liveri peribadi khas untuk anda sendiri!

Mara ke Amatur, dan anda boleh menubuhkan pasukan anda sendiri! Tandatangani rakan pengurus untuk bersama anda, merekabentuk liveri pasukan anda sendiri, dan bersama memenangi kejuaraan atau piala!

Log masuk segera

Lupa kata laluan anda?
Stat GPRO segera
Pengurus di atas talian: 35490
Jumlah pengurus: 1150585
Pengurus aktif: 10979
Jumlah negara: 171